Pantai Puteri
Pantai Puteri

Pantai Puteri

Pantai Puteri terletak kira-kira 12 km dari bandaraya Melaka. Pantai pelancongan ini terletak dalam daerah Melaka Tengah dan kedudukannya yang strategik dengan pelbagai kemudahan yang disediakan. Asalnya Pantai Puteri adalah sebuah kampung nelayan yang telah menjalankan kegiatan perikanan sejak dahulu lagi. Kampung Pantai Jaring, Kampung Pantai Rombang dan Kampung Pantai Kundur adalah nama-nama asal Pantai Puteri setelah diwartakan sebagai destinasi pelancongan dalam negeri Melaka. Pantai yang sepanjang hampir 2.5 kilometer ini menawarkan panorama yang menarik dan mempunyai pelbagai kemudahan seperti medan makan, masjid, tandas awam dan lain-lain.Kawasan ini juga dijadikan pelbagai aktiviti riadah seperti Pertaningan JP Joran, Pertandingan Perahu Layar dan sebagainya.